Wednesday, July 30, 2008

Manifesto.
















Aksi Anti Perkauman adalah organisasi yang tidak berasaskan hirarki, ditubuhkan bagi mengambil peduli mengenai permasalahan perkauman dan mempromosi pembentukan budaya melalui individu yang prihatin dengan perkara yang terbabit.

Ianya bertujuan memberitahu/melaporkan kepada masyarakat sekeliling akan penyakit perkauman ini seperti prejudis bangsa/kaum (racisme), prejudis jantina (seksisme), prejudis seks (homofobia, heterofobia etc), prejudis migrasi (xenofobia), prejudis agama/kepercayaan dan sebagainya. Juga bertujuan membina masyarakat berpaksikan persamaan taraf sosial, kesamarataan, persefahaman/penghormatan yang saksama dan bergerak secara kebersamaan komuniti tanpa perbandingan karakteristik/penampilan.

Sesiapa sahaja yang mempunyai perasaan dan tujuan yang sama seperti di atas, secara langsung telah bersama-sama dengan organisasi ini. Aksi Anti Perkauman mempunyai hubungan yang rapat dan bergerak bersama-sama dengan organisasi anti perkauman yang lain (juga organisasi-organisasi lain yang bersetuju dengan agenda Aksi Anti Perkauman) di dalam komuniti bagi mendidik dan berganding bahu menentang perkauman.

Aksi Anti Perkauman juga menentang keganasan dan ketidakadilan institusi/badan berkuasa yang mana mementingkan sesetengah pihak di dalam penentuan hak berdasarkan keistimewaan-keistimewaan yang diada-adakan seperti taraf sosial, warna kulit, bangsa, bahasa dan juga kewarganegaraan.

Aksi Anti Perkauman percaya bahawa budaya manusia untuk semua, bukan untuk kepentingan sesetengah pihak yang berdasarkan warna kulit, bahasa, kelompok dan perkara lain yang memecah-belahkan perpaduan kemanusiaan sejagat.

Aksi Anti Perkauman bergerak secara dasar melalui individu-individu yang lahir dari masyarakat dan bersetuju dengan matlamat dan agenda-agenda organisasi ini. Aksi Anti Perkauman adalah golongan yang benci akan perkauman yang datang dari pelbagai latarbelakang. Anti kepada pemusatan kuasa dan membentuk alternatif yang bebas daripada prejudis dan diskriminasi melalui pelbagai cara yang dirasakan perlu dan berkesan.

No comments: